Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Monday, October 25, 2010

ISU AGAMA: Details of IFF - International Fashion Festival Incident




Oleh: Pria Malaya

Astaghfirullah...apa nk jadi dengan 'ulamak muda' Umno ni...sanggup mempertahankan Rosmah semata-Mata beliau adalah isteri pemimpin parti Umno...sempat pula TU memberi gelaran 'pemimpin' kepada Rosmah...

Kalau nak bodek pun janganlah sampai membenarkan perkara yang bathil...pada 'ulamak muda' Umno ini, sila baca artikel penuh Dr MAZA di 
SINI, Dan Ust Zaharudin di SINI..masih nak menyalahkan pembangkang apabila kedua2 tokoh agama negara ini (neutral) turut mempertikaikan Rosmah?

Terang-terang Rosmah terlibat dalam kes ini..Malaysia antara negara 3 negara penganjur untuk IFF ini selain Jakarta Dan Monte Carlo..Dan 'kuasa' Dan pengaruh yg Ada pada Malaysia terlalu besar berbanding negara Jakarta Dan Monte Carlo..buktinya boleh baca di 
SINI..

Bukan sahaja pembangkang, malah terdapat beberapa blogger Umno turut mempertikaikan Rosmah dlm kes ini, antaranya blogger Cucu Tok Selampit:
"Berbalik kepada isu penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF), saya menyokong penuh tindakan beberapa ahli parlimen pembangkang seperti PAS MP untuk Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali, yang meminta Kerajaan supaya mengkaji semula penglibatan Malaysia di dalam IFF kerana bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam lebih malang mereka berani menghina Rasulullah SAW dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian secara terbalik."
Kalau tak cukup seorang, penulis bawa 3 lagi blogger otai Umno yg tidak bersetuju Dan mengecam keras Rosmah Mansor..boleh baca pada tajuk, "Isu IFF: "Kalau Ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno"...

Ternyata geng 'ulamak muda' ini terdesak utk mengambil hati 'tuan' mereka dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini..penulis bersetuju dengan Penarik Beca..tittle yang dipegang oleh Rosmah Mansor sebagai PENAUNG IFF cukup kuat utk menyabitkan beliau dengan perkara ini, beliau juga dikira bersubahat Dan wajar dipertanggungjawabkan...

"...Adakah apabila perbuatan menghina Islam dianjurkan, penganjur sahaja yang salah? Penaung kepada penganjuran kejahatan menghina Islam itu tak salah sepenuhnya? Menaungi festival hina Islam tidak salah sepenuhnya?!! Punya nak jadi pecacai Umno, fakta pun diputarbelitkan."
Dan penulis Ada ulas secara terperinci kenapa Rosmah wajar bertanggungjawab dalam hal ini, sila rujuk diSINI...sila baca sehingga terakhirnya..jika salah, buktikan Dan penulis sedia perbetulkan..

Akhir kalam...penulis harap berita ini disebarkan pada khalayak umum..biarkan rakyat yg menilai siapakah geng 'ulamak muda' Umno ini..siapa di pihak yg benar, siapakh yg sebaliknya...utk yg terakhirnya, suka penulis melampirkan kembali artikel seorang blogger pro-kerajaan mengulas mengenai Rosmah Mansor kononnya 'first lady' Malaysia, sila baca di 
SINI...wallahua'lam...
P/s: Di bawah adalah 'JAWAPAN balas' oleh GAMIS menjawab kenyataan ketua '40 Ulamak muda' Umno....


Kenyataan balas kepada Ulama' Muda Umno

Islamic Fashion Show telah menimbulkan Dan meledakkan kemarahan ummat Islam dalam Negara Kita. Isu ini dibesarkan lagi bilamana diketahui bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur adalah penaung kepada festival tersebut. Tambah menariknya bila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib sendiri yang hadir ke majlis berkenaan.

Beberapa siri bantahan dibuat oleh NGO, parti politik, Dan orang ramai berkaitan isu ini. Mahsiswa juga tidak ketinggalan, namun amat mendukacitakan bila pihak polis mengambil tindakan awal untuk menghalang bantahan diperingkat mahasiswa yang diadakan semalan, bertempat di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur. Bilangan pihak polis cukup ramai seolah-olah kami ingin membuat rusuhan dikawasan masjid. Kenapa pihak polis dilibatkan dalam isu ini?

Mahasiswa cukup terkilan dengan hujah dangkal seorang ulama’ muda UMNO yang mempertahnkan rosmah dalam isu IFF ini. Hujah yang diberikan ialah Rosmah hanya penaung, bukan penganjur. Kalau orang kampung baca kenyataan ini pun cukup lucu kerana penaung kepada sesuatu program itu merupakan orang kuat yang menyokong Dan membantu penganjuran majlis berkenaan. Tambahan pula yang hadir dalam majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia yang kononnya boleh menjadi penasihat kepada Barack Obama dalam isu islamophobia.

Selain itu, disebutkan juga ialah soal adab menegur pemimpin. Saya nak Tanya Ulama’ muda UMNO ini, Rosmah Mansur ni pemimpin ke? Sejak bila rakyat memilih dia menjadi pemimpin dalam system demokrasi? Apa jawatan dia? Sesungguhnya dia bukanlah pemimpin kami Dan mahasiswa tidak pernah mengiktiraf dia sebagai fist lady mahupun apajua pengiktirafan selain hanya seorang isteri kepada perdana menteri.

GAMIS berharap agar ulama’ muda ini berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyatan yang hanya menyerlahkan budaya politik ampu yang Ada dalam UMNO. Ulama’ muda ini perlu selari dengan hasrat presiden UMNO yang inginkan budaya politik baru dalam parti. Kami bukan berpihak kepada mana-mana parti, namun Kita menilai disiplin ilmu Dan keabsahan hujah dalam menilai sesuatu isu. Renungan bersama yang Kita boleh jadikan iktibar :

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari Dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik Dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas Dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu Dan menjayakan lagi agenda maksiat. Maka, kehadiran, sokongan dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah. Inikan pula suatu pertunjukan fesyen yang jelas melanggar hukum Allah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W yang dicintai.

Mahasiswa hanya ingin dengar permohonan maaf daripada isteri perdana menteri secara terbuka kepada semua umat Islam dan soal taubat itu hendaklah diselesaikan dengan Allah secara terus.

Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)

0 comments:

Post a Comment